Nak Jual Apa Di Shopee

Teringin nak berniaga di Shopee tapi tak tahu la nak jual apa di Shopee. Lagipun baru nak mula berniaga online dan tak ada pengalaman memang susah nak fikir nak jual apa mula mula ni.

bisnes shopee

Semua orang akan menghadapi masalah tersebut pada masa permulaan dalam melakukan apa jua sekali pun. Benda yang kita tidak ada pengalaman dan tak pernah buat memang sukar untuk kita tentukan lebih lebih lagi dalam nak memulakan perniagaan.

Walaupun perniagaan online ini tak perlu modal yang besar untuk anda mula, tetapi pemilihan barang yang nak diniagakan itu amatlah penting bagi memastikan perniagaan anda boleh berjaya.

Untuk berniaga ini kena kenal pasti terlebih dahulu permintaan dan penawaran tidak kiralah sama ada untuk perniagaan secara online atau secara offline.

Kalau ada permintaan banyak daripada orang ramai maksudnya barang tersebut boleh laku dalam pasaran. Namun kena tengok juga penawaran dalam pasaran untuk barang tersebut iaitu berapa ramai orang yang menjualnya.

Jika ramai yang menjual anda kena fikir 2 kali sebelum masuk ke pasaran tersebut lebih lebih lagi anda orang yang baru nak bermula.

Tapi tidak mengapa, secara asasnya bagi yang ingin bermula berniaga dan tak tahu nak jual apa di shopee apa kata kita lihat senarai jenis barangan yang boleh di jual di shopee.

Nak Jual Apa Di Shopee

Mana tahu ia boleh mendatangkan idea kepada anda nak jual apa nanti.

Antara jenis jenis barangan yang ada dijual di shoppe adalah:

  1. Pakaian wanita
  2. Kesihatan dan kecantikan
  3. Barangan bayi dan permainan
  4. Perkakasan rumah dan perabot
  5. Bag wanita
  6. Muslim fesyen
  7. Barangan runcit
  8. Makanan haiwan
  9. Kasut wanita
  10. Aksesori fesyen
  11. Kelengkapan kereta
  12. Alatan pelancongan
  13. Pakaian lelaki
  14. Jam tangan
  15. Beg lelaki
  16. Komputer dan aksesori
  17. Sukan dan outdoor
  18. Kasut lelaki
  19. Buku
  20. Tiket dan Baucer
  21. Permainan game
  22. Kamera dan drone
  23. Makanan

Anda nampak tak betapa besarnya peluang untuk berniaga di shopee. Ada 23 jenis contoh barangan yang ada untuk anda mula dapatkan idea apa nak berniaga di shopee.

Daripada 23 jenis kategori barangan yang di senaraikan di atas anda boleh kaji satu persatu kategori barangan tersebut untuk melihat bagaimana bentuk permintaan dan penawaran di dalam website shopee.

Boleh masuk dan tengok kedai kedai yang menjual dan tengok juga berapa jumlah sold setiap barangan mereka jual.

Pilih dulu satu kategori barangan yang anda nak kaji.

Mungkin anda boleh tengok minat dalam diri anda. Mungkin anda suka suka pakaian seperti baju kurung atau tudung.

Ataupun anda minat dalam bahagian kesihatan dan kecantikan. Boleh juga kaji bahagian ini. Produk untuk dropship juga senang untuk didapati sebab banyak syarikat seperti pemborong kosmetik banyak menyediakan program dropship untuk produk kesihatan dan kecantikan.

Mungkin dalam kategori makanan. Banyak orang yang jual sambal, jeruk, kek, kuih, makanan sejuk beku.

Kalau anda pandai buat kek boleh jual kek, boleh pos ke seluruh Malaysia.

Mungkin anda minat tentang kereta anda boleh kaji dalam bahagian kereta dan aksesori. Macam macam produk orang jual seperti shampoo kereta, pewangi kereta, pengilap kereta, dashcam dan macam macam lagi.

Untuk makluman anda juga apa yang saya perasan di shopee ada yang menjual barang hasil pertanian. Macam macam mereka jual seperti:

  1. Buah buahan tempatan seperti petai, jering, jagung, ubi keledek, malahan ada yang menjual buluh di shopee.
  2. Hasil ternakan seperti ikan kering, pekasam, dan bermacam macam lagi.

Lihat bermacam macam idea untuk anda boleh fikirkan bagi memulakan perniagaan di shoppe. Ambil masa sedikit untuk buat kajian tapi jangan terlalu lama sangat nanti tak mula mula juga nak buat bisnes asyik kaji dan kaji.

Jangan jual barangan tiruan dan cetak rompak ya.

Dengan adanya 23 jenis senarai kategori barangan ini dapatlah serba sedikit membantu anda untuk dapatkan idea untuk yang tak tahu nak jual apa di shopee tu.

So saya harap anda akan berjaya dengan perniagaan anda yang pertama di shopee ya.

Baca kat ni sini kalau nak tahu Cara Berniaga Di Shopee

error: Content is protected !!