Cara Berniaga Di Shopee

Anda tahu tak di saat anda sedang baca ini ramai orang sedang jana ribuan ringgit jualan mereka di shopee. Adakah anda tak mahu menjadi sebahagian daripada mereka. Tetapi tak mengapa kalau nak berniaga di shopee mesti nak kena tahu dulu kan bagaimana cara berniaga di shopee.

bisnes shopee

Disaat ini mesti ramai yang mula nak tambah pendapatan sampingan terutama sekali melalui platform online. Duit memang tak cukup tambah tambah lagi duduk di bandar. Bukan tak cukup dengan gaji yang ada tapi keperluan hidup sekarang memang perlukan duit yang lebih untuk survive.

Sebab itu ramai orang ambil peluang untuk berniaga secara part time tak kiralah jual apa sekali pun janji boleh dapatkan sedikit keuntungan untuk tampung belanja keluarga.

Yang paling mudah sekali adalah mulakan dengan berniaga secara online berbanding berniaga secara offline. Lebih lebih lagi mula berniaga di Shopee.

Sebab orang banyak pilih untuk nak berniaga di shopee adalah kerana kebanyakkannya sudah ada akaun shopee. Sebelum ini asyik membeli sahaja apa kata mula menjadi penjual pula boleh tambah pendapatan sambilan dan sebelum itu boleh belajar dulu bagaimana cara jual barang di shopee.

Cara Berniaga Di Shopee

Cara meniaga di shopee ini mudah sebab hanya perlu daftar sahaja di website shopee kemudian upload barang untuk iklankan.

Customer pun dah ramai setiap hari berjuta orang masuk ke website shopee untuk cari barang.

Berbanding kalau anda nak mula berniaga online menggunakan kaedah lain seperti berniaga dengan menggunakan website.

Nak kena pilih nama domain untuk website anda lagi, ini semua makan kos.

Ini perlukan kemahiran teknikal untuk buat website ataupun kalau tak mahu buat sendiri kena upah orang pula untuk buat.

Nak upah satu satu website bukanlah murah juga, kena sediakan ratusan malahan ribuan juga untuk upah orang buatkan website.

Itu tidak mengapa lagi apabila website sudah siap, ada perakara yang paling renyah sekali adalah untuk tarik pengunjung untuk masuk ke website kita.

Setakat ada website tetapi tidak ada orang yang masuk melihat, tidak akan memberikan apa apa hasil kepada anda.

Nak tarik trafik masuk nak kena buat iklan, kos lagi perlu dikeluarkan untuk iklan. Nak iklankan di facebook, di Instagram, di google memang perlukan banyak duit sedangkan pulangan belum tentu lagi.

Kos buat website dah kena sedia, kena sediakan kos untuk iklan lagi supaya orang ramai tahu tentang kewujudan website anda.

Cara Menjual di Shopee

Berbeza dengan berniaga di shopee, semua dah tersedia dari segi platform, dari segi trafik semua pihak shopee dah sediakan cuma anda sebagai peniaga kena pandai cari peluang sahaja jika berniaga di dalam shopee.

Untuk mula berniaga di shopee ini anda tak perlukan banyak modal untuk mula berniaga. Hanya perlu ada internet, handphone, akaun bank dan email untuk mula daftar.

Nak mula berniaga tapi tak tahu nak berniaga apa. Perkara ini memang akan dilalui oleh semua orang tambah tambah lagi bagi anda yang tak pernah berniaga selama ini.

Untuk mula berniaga di shopee tak perlu sediakan modal untuk beli barang dulu atau kena pegang stok sendiri.

Anda boleh mulakan dulu dengan menggunakan kaedah perniagaan yang dinamakan dropship.

Sistem dropship ini adalah anda sebagai penjual hanya perlu buat promosi dan iklan sahaja.

Apabila dah dapat pelanggan baru bank in duit kepada penyedia dropship anda dan mereka akan poskan barang.

Mudahkan!! Anda hanya perlu promosi dan tak perlu untuk pos barang.

Apa yang anda perlu lakukan adalah mendaftar terlebih dahulu menjadi dropshipper. Modal yang kecil mungkin di perlukan untuk menjadi dropshipper sebagai yuran untuk mendapat senarai barang dan juga sistem yang di sediakan oleh pihak dropship.

Untuk bagi mudah faham lagi kita tengok contoh berikut:

Katakan anda mendaftar sebagai dropship dengan syarikat ABC. Sebagai contoh barang yang dijual adalah periuk untuk memasak.

Harga jualan yang mereka berikan adalah RM 100 termasuk pos seunit.

Harga dropship pula adalah RM 70 seunit.                 

Untung anda sebagai dropship adalah RM 30 seunit

Semua bahan material untuk marketing dan iklan seperti gambar, ayat iklan semuanya sudah disediakan. Anda sebagai dropship hanya perlu copy paste sahaja dan iklankan di kedai shoppe anda.

Nanti bila dah ada pelanggan anda hanya perlu bayar kepada syarikat dropship RM 70 sahaja dan RM 30 untung anda simpan.

Ok itu adalah contoh mudah supaya anda nak faham sistem perniagaan atau model perniagaan dropship yang boleh anda buat tanpa perlu keluarkan modal yang banyak dan tak perlu pegang stok dan pos barang. Hanya cari pelanggan sahaja.

Anda juga boleh iklankan di mana sahaja selain shopee juga seperti di facebook, Instagram dan lain lain platform.

Untuk cari penyedia dropship anda boleh search di google atau pun di facebook “program dropship”. Nanti boleh pilih syarikat mana yang anda minat dan mula menjual di shoppe.

Mulakan jual barang terpakai di rumah anda.

Jika anda nak mula berniaga di shopee dan tak tahu juga nak berniaga apa boleh mulakan jual barang barang di rumah anda yang dah tak berapa anda nak guna tu.

Boleh jual dulu barang barang tersebut untuk anda dapatkan pengalaman bagaimana nak tangkap gambar untuk iklan, kemudian upload di shopee, kemudian anda tulis ayat iklan barang yang anda nak jual tu.

Lepas tu dah dapat pelanggan anda akan buat pengeposan dan terima duit.

Bagi saya ini benda paling mudah nak jual sebab benda dah ada dalam tangan anda, alang alang dah tak guna elok jual boleh juga duit.

Tengok dalam rumah anda apa barang yang yang dah terperam lama, mungkin anda boleh jual buku buku yang anda dah tak baca.

Boleh juga jual baju baju anda yang dah tak pakai, kasut, jam, stroller, phone, tv, radio, dan macam macam lagi. Anda boleh listkan barang barang pre love anda dan iklankan semua tu di shopee.

Banyak peniaga bundle yang menjual dalam shopee. Ini menunjukkan barang second hand pun ada permintaan di shopee. Jadi kalau barang barang anda ada jenama mungkin senang juga untuk dijual di shopee.

Untuk berniaga di shopee ni, mereka juga ada menyediakan iklan secara berbayar juga supaya kedai anda berada di tempat teratas bila pembeli mencari kata kunci produk yang ada jual. Iklan ini adalah pilihan sama ada anda nak guna atau tidak.

Buat permulaan ini jika belum ada modal untuk buat iklan yang shopee tawarkan boleh gunakan dulu kaedah atau teknik boost now yang shopee tawarkan.

Kaedah boost now ini adalah percuma dan anda boleh gunakan untuk upkan kedai anda.

Ok setakat ini anda boleh faham serba sedikit tentang shopee dan dropship dan apa nak jual buat permulaan ini.

Tak tahu nak mula macam mana.

Kalau pening pening sangat tak tahu nak mula macam mana dan tak tahu cara nak jual barang di shopee, apa kata anda belajar terus cara berniaga di shopee daripada orang dah berjaya buat jualan.

panduan cara berniaga di shopee

Saya rekomen anda untuk belajar daripada panduan ebook ini. Ebook ini berkongsi cara menjual di shopee.

Sebab apa anda perlukan panduan ini, sebab anda jangan buang masa untuk belajar sendiri, elok belajar step by step daripada orang dah berpengalaman menjual di shopee.

Lihat beberapa orang yang dah belajar daripada panduan ini dan mereka telah berjaya buat sale.

Cara Berniaga Di Shopee

Apa yang pentiing sekarang adalah untuk jimatkan masa belajar dan try dan error. Sangat sangat rugi masa, sebolehnya anda shortcut sahaja untuk dapatkan ilmu.

Senang supaya anda tidak terbabas dan banyak buang masa.

Laburkan sedikit modal untuk belajar tentang cara berniaga di shopee lebih lebih lagi boleh belajar terus daripada orang yang ada pengalaman.

Apa antara perkara yang anda akan belajar.

Antara perkara-perkara penting yang anda akan belajar dalam panduan cara berniaga di Shopee ini adalah:

Cara nak daftar dan setup kedai shopee anda.

Anda boleh daftar dengan menggunakan app shopee melalui phone atau pun melalui website shopee. Kedua dua cara akan ditunjukkan supaya anda lebih mudah faham.

Cara nak masukkan barang atau produk ke dalam kedai baru Shopee anda. 

Untuk bahagian ini anda akan diterangkan pelbagai tips seperti bagaimana nak pilih gambar untuk dijadikan sebagai iklan. Juga di kongsikan apakah ayat iklan atau copywritng yang boleh digunakan untuk menarik minat pelanggan untuk baca dan seterusnya membeli.

Cara nak handle tempahan.

Macam mana kalau dah dapat tempahan, nak terima order, nak bungkus barang, borang pengeposan yang diperlukan dan semua yang berkaitan menguruskan tempahan.

Cara cara nak selesaikan masalah barang tak sampai atau rosak.

Ini memang lumrah berniaga secara pos barang tak sampai sampai dan barang rosak semasa dalam tanahn kurier. Jadi di sini anda boleh belajar juga tips untuk menghadapi masalah ini untuk berdepan dengan rungutan pelanggan anda.

Ini juga penting bagi menjaga rating dan feedback di kedai shopee anda.

Jenis jenis teknik promosi di Shopee

Anda juga akan dikongsikan dengan teknik teknik promosi dan cara naikkan sale di shopee yang boleh anda gunakan bagi mendapatkan sale di Shopee.

Penyedia Dropship

Anda juga akan di kongsikan dengan pembekal pembekal dropship. Bagi anda yang mula nak berniaga elok mulakan dengan jadi dropship dulu. Di sini anda boleh lihat barang barang daripada senarai pembekal dropship yang akan dikongsikan di dalam panduan ini.

Cara mendapatkan follower untuk kedai anda.

Kedai shopee anda boleh kumpul follower lagi banyak follower lagi baik bagi reputasi kedai anda.

Di sini akan dikongsikan teknik atau cara untuk mendapatkan follower lebih lebih lagi bagi anda yang baru menjadi peniaga di Shopee.

Anda juga tak perlu risau bagi semua yang mendapatkan panduan ini anda akan di masukkan ke dalam Facebook group support.

Anda boleh bertanya sebarang soalan atau masalah. Anda tidak akan bersendirian jika tak tahu. Kalau tak tahu boleh terus tanya dalam group support ini.

Peniaga peniaga lain juga boleh membantu untuk jawab jika anda ada apa apa persoalan contohnya tentang cara menjual barang di shopee dan sebagainya.

Jadi tidak ada apa yang boleh buat anda tunggu lagi, masa sedang berjalan lebih cepat anda belajar lebih senang anda faham nak mulakan bisnes di shopee secepat mungkin.

Dan yang paling best sekali  adalah tawaran yang anda tak boleh lepaskan begitu sahaja. Kalau anda nak tahu anda akan di beri jaminan wang 100% akan dikembalikan jika anda tak berpuas hati dengan apa yang ada dalam panduan ini.

Jadi anda tidak ada apa apa risiko kerugian jika mendapatkan panduan cara berniaga di shopee ini.

Jadi jangan tunggu lagi dapatkan sekarang dengan klik gambar di bawah ya.

Soalan Lazim FAQ

Adakah berniaga di Shopee perlu ada daftar niaga SSM?

Anda tidak perlu ada SSM untuk mula berniaga di Shopee.

Bagaimana nak mula berniaga di Shopee jika tidak ada produk?

Anda boleh mula berniaga dengan menggunakan model Dropship tanpa perlu simpan stok dan pos barang.

Baca juga Nak Jual Apa Di Shopee

error: Content is protected !!