Barang Permintaan Tinggi di Shopee

Adakah anda baru mula nak berniaga di Shopee. Tapi tak tahu bagaimana nak tahu apakah barang permintaan tinggi di Shopee. Dalam ertikata yang lain apakah barang atau produk yang mempunyai permintaan yang tinggi di Shopee.

bisnes shopee

Biasanya bagi yang ingin mula berniaga dan tak pernah ada pengalaman berniaga, kalau nak berniaga di Shopee tentu sekali nak tahu kan apakah barang yang tinggi permintaan di shopee dan apakah barang yang kurang laku di shopee.

Seeloknya bagi yang nak mula berniaga di Shopee seharusnya buat sedikit kajian apakah barang yang nak di niagakan di Shopee.

Ini supaya perniagaan yang anda jalankan boleh memberikan keuntungan yang berterusan ketika anda berniaga di Shopee.

Di website Shopee ada di tunjukkan apakah barangan yang menjadi top selling dan juga apakah barang yang tengah trending yang tengah di cari oleh orang ramai.

barang permintaan tinggi di Shopee

Bagaimana nak tahu apakah barang top selling dan barangan yang tengah menjadi trending.

Langkah yang mudah untuk melihat kedua dua perkara tersebut, anda hanya perlu masuk ke website Shopee dan lihat kepada bahagian bahagian berkenaan.

Barang Top Selling di Shopee

Barang Top Selling di Shopee

Untuk melihat apakah barang yang menjadi top selling anda boleh lihat pada bahagian “Top Products”. Di bahagian ini shopee akan menunjukkan apakah barangan yang telah menjadi top selling. Maksud top selling ini adalah barangan tersebut ramai di beli oleh orang ramai mengikut rekod transaksi dalam sistem Shopee.

Dekat sini anda boleh lihat pelbagai barangan yang telah direkodkan sebagai top selling. Bermacam macam produk yang menjadi top selling dalam shopee antara barangan tersebut ialah seperti Topup telefon beratus ribu unit terjual.

Ada banyak lagi barangan yang yang top selling anda boleh lihat dengan klik “see more” di bahagian ini.

Daripada data data yang di tunjukkan ini anda boleh secara kasar untuk mendapatkan idea apakah barangan yang anda ingin mula jual di Shopee.

Barangan Trending Searches di Shopee

Barangan Trending Searches di Shopee

Pada bahagian ini, untuk melihat apakah barang yang sedang menjadi trending dan tengah di cari oleh ramai orang anda boleh lihat di bahagian “trending search”.

Di bahagian ini akan ditunjukkan apakah barangan yang tengah trending yang yang sedang di cari oleh ramai pembeli.

Data trending ini biasanya akan berubah mengikut pelbagai faktor seperti keadaaan musim dan sebagainya.

Namun ada juga barangan yang tidak kira musim orang akan cari juga. Jadi anda kena pandai lakukan sedikit kajian berdasarkan trending search yang di tunjukkan dalam website shopee.

Untuk melihat barangan lain anda klik pada icon “Change”. Sistem shopee akan tunjukkan barangan yang seterusnya yang menjadi trending.

Selain itu juga satu cara lagi untuk melihat sama ada barangan tersebut terjual atau tidak di shopee adalah dengan melihat kepada transaksi “sold” dalam sesebuah kedai penjual di shopee.

Anda boleh cari barang apa yang anda ingin jual, lakukan carian berdasarkan kata kunci di dalam website shopee.

Kemudian anda lihat hasil paparan yang ditunjukkan oleh shopee senarai kedai kedai yang menjual produk yang anda cari tadi.

Sebagai contoh saya cari cari sambal, lihat paparan yang ditunjukkan.

sambal d i shopee

Kemudian anda lihat pada bahagian “Sold” di setiap kedai yang di paparkan.

Anda lihat berapa jumlah unit yang mereka telah jual. Jika transaksi dah beribu ribu maksudnya produk itu memang ada permintaan dan telah laku di jual.

Boleh teruskan dengan mencari produk produk yang lain pula sehingga anda dapat idea yang terbaik untuk anda.

Dan satu lagi perkara yang anda kena lihat adalah sudah berapa lama produk itu telah dijual dikedai tersebut.

Sebab anda adalah pendatang baru ingin meniaga di shopee, produk produk yang dah lama di jual di shopee anda perlu fikirkan juga sebagai pendatang baru adakah anda patut jual benda yang sama juga dengan peniaga peniaga yang dah lama bertapak di shopee.

Namun terpulang kepada anda, kalau anda berani boleh teruskan terpulang kepada keputusan masing masing.

Ok tak setakat ini, semoga dengan perkongsian ringkas ini dapat memberikan anda jalan dan petunjuk serta idea bagaimana nak tahu apakah barang permintaan tinggi di shopee.

Anda boleh ambil masa terlebih dahulu untuk buat kajian apa nak jual di shoppe jangan main terjah sahaja tanpa fikir produk apa yang ada permintaan atau tidak ada permintaan di shopee dan lihat juga kepada berapa jumlah penjual yang dah ada yang menjual barangan yang sama dengan anda.

Kajian awal ini akan mengurangkan risiko anda untuk buat silap. Namun ini hanyalah ikhtiar sahaja. Kalau kita dah kaji dan gagal, kita jangan putus asa dan cuba lagi ya.

Baca juga Nak Jual Apa Di Shopee

error: Content is protected !!